Ahad, 9 Disember 2018

SENARAI TEORI


NAMA: NISA AMANINA BINTI MUHAMMAD FAUDZI
NO MATRIK: BA18110310

         Berdasarkan pembacaan di laman web https://www.communicationtheory.org, apa yang boleh disimpulkan ialah terdapat banyak teori komunikasi yang mana teori-teori tersebut dikelaskan mengikut kluster bidangnya tersendiri. Antara bidang kluster-kluster yang ada termasuklah :
  • ·         Pengiklanan, Perhubungan Awam, Pemasaran dan Kelakuan Pelanggan
  • ·         Komunikasi Perniagaan
  • ·         Komunikasi/Umum
  • ·         Jurang Komunikasi
  • ·         Komunikasi dalam Latihan
  • ·         Model Komunikasi
  • ·         Komunikasi Kebudayaan
  • ·         Komunikasi Pembangunan
  • ·         Komunikasi Berkumpulan
  • ·         Komunikasi Antara Budaya
  • ·         Komunikasi Interpersonal
  • ·         Komunikasi Massa
  • ·         Komunikasi Organisasi
  • ·         Komunikasi Politik
  • ·         Psikologi, Kelakuan dan Sains Sosial
  • ·         Komunikasi Teknikal
  • ·         Komunikasi Visual

            Daripada 17 jenis bidang kluster tersebut, saya tertarik kepada kluster Komunikasi antara Budaya. Di bawah kluster ini terdapat 4 jenis teori yang disenaraikan. 4 teori tersebut ialah Teori Komunikasi Silang Budaya, Teori Identiti Budaya, Teori Pengurusan Identiti dan Teori Sokongan Sosial. Saya akan menjelaskan sedikit tentang Teori Komunikasi Silang Budaya.
               Teori Komunikasi Silang Budaya mengatakan budaya kita mempengaruhi gaya komunikasi dan dalam kita mengenali budaya orang lain itu bermakna kita sedang belajar untuk berkomunikasi. Komunikasi Silang Budaya merujuk kepada komunikasi yang berlaku di antara orang-orang yang mempunyai perbezaan dari segi pekerjaan, umur, kerakyatan, etnik dan kaum, jantina dan sebagainya. Menurut LarayBarna, terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan berlakunya salah faham dalam komunikasi silang budaya ini iaitu :-

              1)      Anggapan Persamaan: merujuk kepada kecenderungan kita berfikir bagaimana kita bertindak dan tindakan itu boleh diterima secara universal sebagai satu tingkah laku. Apabila seseorang berkelakuan berbeza, kita akan mempunyai tanggapan negatif terhadap mereka.
            2)      Perbezaan Bahasa: Masalah berlaku apabila tidak mampu untuk memahami apa yang dituturkan oleh orang lain disebabkan oleh perbezaan bahasa. Pada masa yang sama, walaupun bercakap bahasa yang sama, kemungkina untuk berlaku salah faham juga boleh berlaku kerana sesetengah perkataan mempunyai maksud yang berlainan bagi beberapa tempat dan budaya.
              3)      Salah Tafsir Komunikasi Bukan Lisan: Cara pemakaian, cara kita serlahkan diri melalui bahasa tubuh, pandangan mata dan sebagainya juga dikira komunikasi. Contohnya, mengangguk kepala difahami sebagai tanda setuju tetapi tidak di negara tertentu.
           4)      Ketidakpastian dan Stereotaip: Stereotaip merangkumi meletakkan seseorang dalam bentuk imej atau tanggapan sendiri. Tanggapan ini boleh jadi betul mahupun salah tetapai kebiasaannya adalah salah. Perkara ini boleh membawa kepada kecenderungan dan diskriminasi.
             5)      Kecenderungan Menilai: Manusia cenderung menilai tingkah laku dan komunikasi orang lain dengan menganalisis dari pandangan budaya tersendiri tanpa mengambil kira sebab orang tersebut bertindak sedemikian.
          6)        Kebimbangan yang Tinggi: Kadangkala, apabila kita dihadapkan dengan perspektif budaya yang berbeza, kita akan berasa cemas seperti tidak tahu bagaimana untuk bertindak agar bersesuaian dengan situasi. Sebagai contoh, seorang lelaki Jepun dan seorang Amerika yang mempunyai mesyuarat perniagaan di mana kedua-duanya tidak pasti norma budaya lain.

             Untuk mengatasi jurang dan halangan ini, seseorang itu hendaklah berusaha memperbaiki kemahiran mendengar. Hal ini bagi memastikan kita memahami maksud sebenar dari apa yang dituturkan orang lain daripada cuba memehami dari reaksi muka sahaja. Dengan memahami dan menerima perbezaan orang lain akan menjadikan kita bersifat lebih terbuka terhadap orang lain.

3 ulasan:

  1. Apakah kaitan teori sokongan sosial dengan komunikasi antara budaya secara ringkas.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Teori sokongan sosial ialah bagaimana manusia menyokong antara satu sama lain dalam konsep jaringan sosial. ok, saya bagi satu situasi di mana Aminah menghadapi kanser. Dia bukan sahaja mendapat sokongan dari ahli keluarganya, malah rakan-rakannya yang berlainan bangsa juga turut memberi sokongan baik dari segi moral dan sebagainya. kiranya macam komunikasi antara budaya ni boleh wujud atau terjadi dengan adanya bentuk sokongan sosial antara manusia.

      Padam
  2. Antara teori yang ppopular ialah:

    Teori Agenda Seting (Agenda Setting Theory)
    Maxwell McCombs dan Donald L. Shaw adalah orang yang pertama kali memperkenalkan teori ini, yang muncul pada tahun 1973 dengan publikasi pertamanya The Agenda Setting Function of The Mass Media.
    Secara singkat teori penyusunan agenda ini mengatakan media (khususnya media berita) tidak selalu berhasil memberitahu apa yang kita pikir, tetapi media tersebut berhasil memberitahu kita berpikir tentang apa. Media massa selalu mengarahkan kita pada apa yang harus kita lakukan. Media memberikan agenda-agenda melalui pemberitaannya, sedangkan masyarakat akan mengikutinya.
    Menurut teori ini, media mempunyai kemampuan untuk menyeleksi dan mengarahkan perhatian masyarakat pada gagasan atau peristiwa tertentu. Media mengatakan pada kita apa sahaja yang penting dan apa yang tidak penting. Media pun mengatur apa yang harus kita lihat, tokoh siapa yang harus kita sokong. Dengan kata lain, agenda media adalah agenda masyarakatnya.
    Mengikuti pendapat Chaffe dan Berger (1997) ada beberapa catatan yang perlu dikemukakan untuk memperjelas teori ini:

    · Teori itu mempunyai kekuatan penjelasan untuk menerangkan mengapa orang sama-sama menganggap penting suatu isu.
    · Teori itu mempunyai kekuatan memprediksikan bahwa jika orang-orang menyampaikan pada suatu media yang sama, mereka akan merasa isu yang sama tersebut penting.
    · Teori tersebut dapat dibuktikan salah jika orang-orang tidak menyampaikan media yang sama maka mereka tidak akan mempunyai kesamaan bahwa isu media itu penting.

    BalasPadam