Jumaat, 28 Disember 2018

Fakta vs Teori vs Hipotesis vs Undang-undang.. Dijelaskan

NAMA : NURUL SYAFIQAH BINTI YAHYA
NO. MATRIK : BA18110538

> Fakta, teori, hipotesis dan undang-undang ini jelas sekali mempunyai makna yang berbeza mengikut pandangan saintis dan cara mereka menggunakannya dalam setiap ucapan mereka. Tetapi ia saling berkait antara satu sama lain dalam menjelaskan sesuatu fenomena.

Fakta.
²Secara umumnya, fakta adalah sesuatu yang benar-benar berlaku dan boleh dibuktikan seperti pemerhatian mengenai dunia di sekeliling kita. Sebagai contoh, kita memerhati perkara-perkara setiap hari seperti cuaca cerah di luar apabila kita melihat di tingkap dan kita sering membuat penjelasan untuk pemerhatian tersebut seperti menyatakan bahawa matahari sudah naik. Dengan memberi penjelasan tersebut, ia secara tidak langsung kita telah membuat suatu hipotesis.
Fakta- cuaca cerah
Hipotesis- matahari sudah naik

Hipotesis.
²Hipotesis adalah penjelasan yang dicadangkan untuk fenomena yang dibuat sebagai titik permulaan untuk siasatan lanjut.
²Hipotesis ini sesuatu yang dibuktikan dengan cara menguji penjelasan yang dicadangkan. Contohnya, kita melihat cuaca cerah dari dalam rumah lalu kita membuat hipotesis bahawa matahari sudah naik. Untuk memastikan hipotesis itu benar, kita membuat ujian iaitu keluar dari rumah untuk memastikan hipotesis matahari sudah naik itu benar atau tidak. Apabila kita melihat matahari sudah naik, bermakna hipotesis itu disahkan benar,
²Kita sering membuat beberapa hipotesis mengenai suatu fenomena yang kita perhatikan. Hal ini demikian bertujuan untuk menjelaskan pemerhatian kita terhadap fenomena yang kita perhati. Untuk memastikan hipotesis yang kita cadang terhadap sesuatu fenomena itu benar, kita perlu menguji kesemua hipotesis tersebut dan seterusnya menyingkirkan hipotesis yang tidak relevan. Hipotesis yang tinggal setelah menyingkirkan beberapa hipotesis bukanlah teori, undang-undang ataupun kebenaran mutlak tehadap fenomena tersebut, tetapi ia hanya penjelasan yang mungkin tentang sesuatu yang membawa kita ke hipotesis baru yang berkemungkinan membawa persetujuan atau tidak setuju dengan hipotesis yang asal.
²Apabila kesemua hipotesis yang dicadangkan telah diuji dengan kajian saintifik, kita dapat memilih hipotesis yang sesuai dan seterusnya membawa kita kepada kajian yang lebih spesifik iaitu teori.


Teori
²Teori adalah cara kita tahu sesuatu berfungsi, ia berdasarkan bukti yang dikumpulkan dalam semua hipotesis yang berjaya diletakkannya dalam ujian.
²Penjelasan yang kukuh yang diperoleh melalui kaedah saintifik dan berulang kali diuji serta disahkan melalui pemerhatian dan eksperimen.
²Kitaran :
FaktaHipotesis Ujian TeoriRamalan

²Eksperimen yang tidak terkira jumlahnya menunjukkan bahawa teori cukup untuk menjelaskan semua pemerhatian terhadap sesuatu fenomena itu.

Contoh fenomena yang menerangkan saling kait antara fakta, hipotesis dan teori :
> Fakta - orang sakit
> Hipotesis - sesuatu telah masuk ke dalam badan orang tersebut dan seterusnya menyebabkan orang itu sakit. Beberapa hipotesis diberikan untuk menjelaskan fenomena tersebut. Kesemua hipotesis diuji dan seterusnya membuang hipotesis yang tidak relevan lalu memilih hipotesis yang sesuai berdasarkan ujian yang dilakukan.
- Hipotesis yang dipilih itu akan menjadi ‘teori’ bagi menjelaskan atau meramal fenomena tersebut.



         

Graviti.
> Adakah graviti itu teori ataupun undang-undang?
> Dalam sains, graviti adalah undang-undang yang biasanya digunakan dalam matematik.
> Graviti juga adalah satu teori berdasarkan pemerhatian eksperimen berulang yang menggambarkan beberapa fenomena alam semula jadi seperti tarikan graviti terhadap sesuatu objek.
> Undang-undang tidak menjelaskan mengapa sesuatu itu berlaku. Oleh itu, hal ini menunjukkan bahawa graviti dikategorikan sebagai undang-undang dan teori.
> Sebagai contoh, Undang-undang Graviti Universal Newton (Newton’s Law) menerangkan dengan tepat bagaimana dua objek menarik antara satu sama lain berdasarkan jisim dan jarak antara dua objek tersebut. Dengan menggunakan Newton’s Law, ia memberi kita formula yang kita boleh gunakan dalam matematik. Formula itu tidak menggambarkan fenomena yang berlaku terhadap dua objek tersebut. Oleh itu, ia memerlukan teori untuk menjelaskan fenomena yang berlaku.

> Contoh fenomena yang menerangkan saling kait antara fakta, hipotesis, teori dan undang-undang :
ØFakta - jika kita menjatuhkan buah epal, ia akan jatuh.
ØUndang-undang - kita boleh menerangkan dengan menggunakan kaedah matematik berapa cepatnya epal itu jatuh ke permukaan bumi berdasarkan jisim dan jarak epal itu dengan permukaan bumi.
ØHipotesis - suatu daya tarikan yang menarik epal tersebut
            - epal itu bersifat magnetik dengan permukaan bumi
            - struktur permukaan bumi yang menyebabkan epal itu jatuh
- Membuat ujian kesemua hipotesis yang dicadangkan dan seterusnya menyingkirkan hipotesis yang tidak relevan terhadap fenomena tersebut. Hipotesis yang dipilih akan menjadi ‘teori’ untuk menjelaskan dan meramal mengapa epal itu jatuh.

vMenurut tokoh Albert Einstein, teori graviti dikenali sebagai relativiti umum.



Saling kait antara fakta, teori, hipotesis dan undang-undang.

²Fakta  Undang-undang
²Penjelasan yang boleh diuji  Hipotesis  Teori

3 ulasan:

  1. apa perbezaan undang-undang dan teori? saya masih kurang jelas tentang konsep undang-undang.

    BalasPadam
  2. Ruangan ini menerangkan apakah maksud Dan pengisian tentang sesuatu perkara tersebut iaitu fakta,teori,hipotesis ,Dan undang-undang.Walaubagaimanapun ,semua perkara ini ada perkaitan antara satu sama lain yang menerangkan fakta yang berlaku benar wujud yang dinyatakan atau dijelaskan oleh teori mengapa fenomena itu berlaku manakala hipotesis adalah rumusan atau ramalan awal tentang kejadian itu Dan undang-undang menerangkan apakah kejadian itu benar Dan tindakan yang harus diambil Dan graviti membantu teori dalam.membuat pernyataan kenapa fenomena itu berlaku.

    BalasPadam
  3. Bagi pendapat saya:
    undang-undang, hipotesis, dan fakta merupakan 'penjelmaan' yang dimulakan oleh teori umum. Akibat daripada wujudnya konsep 5W, 1H, maka kesemua ini dapat de jelaskan dengan jelas. Ini berlaku kerana, melalui teori yang melalui kesemua konsep ini, akan membentuk suatu hipotesis, seterusnya, dengan konsep yang sama juga, hipotesis dapat diterima. Melalui kesemua ini, undang-undang dapat di bentuk.

    BalasPadam