KULIAH 1.
NAMA : NURUL SYAFIQAH BINTI YAHYA
NO. MATRIK : BA18110538
Liputan kursus mengenai subjek teori komunikasi, antaranya ialah :
üApa itu ‘komunikasi’?
- Komunikasi adalah proses berkongsi makna antara pengirim dan penerima mesej. Komunikasi adalah berkesan apabila mesej yang dihantar oleh pengirim difahami dengan sempurna oleh penerima.
üApa itu ‘teori’?
- Teori secara umumnya pernyataan formal mengenai peraturan yang menjadi subjek kajian berdasarkan idea yang dicadangkan untuk menjelaskan fakta atau peristiwa atau lebih umum pendapat atau penjelasan.
- Teori-teori telah dirumuskan untuk menjelaskan, meramalkan dan memahami fenomena dan dalam banyak kes untuk mencabar dan memperluas pengetahuan sedia ada dalam batasan-batasan anggapan yang mengikat kritikal.
- Sebagai contoh, teori menjelaskan bagaimana beberapa aspek tingkah laku atau prestasi manusia dianjurkan. Oleh itu, membolehkan kita membuat ramalan tentang tingkah laku.
- Teori secara khususnya atau dibolehpakai dalam bidang komunikasi.
üApa itu ‘teori komunikasi’?
- Teori komunikasi adalah meramal atau menjelaskan fenomena yang berkaitan komunikasi.
Bidang taksonomi dan sub-bidangnya.
- Bidang komunikasi ini termasuk dalam taksonomi bidang sains sosial dan tingkah laku.
- Komunikasi sebagai adik bongsu dalam bidang sains sosial banyak meminjam dari disiplin abang atau kakaknya iaitu disiplin antropologi, ekonomi, geografi, psikologi, dan sebagainya.
- Terdapat 13 jenis sub-bidang komunikasi berdasarkan taksonomi bidang komunikasi, antaranya ialah:
ØSiaran / kajian video
ØTeknologi komunikasi dan media baru
ØKajian kritikal dan budaya
ØJantina, bangsa, seksualiti, dan etnik dalam komunikasi
ØKomunikasi kesihatan
ØKomunikasi antarabangsa dan komunikasi antara budaya
ØInterpersonal / komunikasi kumpulan kecil
ØKajian kewartawanan
ØKomunikasi massa
ØPerhubungan awam / pengiklanan
ØPengaruh sosial dan komunikasi politik
ØUcapan dan kajian retorik
üKluster (jenis-jenis) ‘teori komunikasi’.
- Kluster teori komunikasi adalah kelompok atau unsur yang berkaitan dengan komunikasi. Teori komunikasi ini dapat dikenalpasti berdasarkan sesuatu fenomena atau peristiwa tertentu dan seterusnya diklasifikasikan mengikut kluster teori yang berkaitan dengan fenomena tersebut.
- Untuk menjelaskan sesuatu fenomena, kita harus ketahui dan mengenalpasti fenomena tersebut dalam bidang komunikasi terlebih dahulu, kemudian cari apa teori di dalam sub-bidang komunikasi tersebut.
- Terdapat 3 cara yang berlainan untuk mengklasifikasi teori komunikasi mengikut pengkaji bidang komunikasi.
Menurut West & Turner (2007, third Edition)
|
1. Diri dan mesej
2. Pembangunan hubungan
3. Kumpulan dan organisasi
4. Orang awam
5. Media
6. Budaya dan kepelbagaian
|
Menurut Em Griffin (2014, seventh Edition)
|
1. Komunikasi interpersonal
- Mesej interpersonal
- Pembangunan hubungan
- Penyelenggaraan perhubungan
- Pengaruh
2. Kumpulan dan komunikasi awam
- Membuat keputusan kumpulan
- Komunikasi organisasi
- Retorik awam
3. Komunikasi massa
- Media dan budaya
- Kesan media
4. Konteks kebudayaan
- Komunikasi antara budaya
- Jantina dan komunikasi
|
1. Komunikasi interpersonal dan hubungan.
2. Komunikasi organisasi.
3. Media massa.
4. Komunikasi dan Teknologi maklumat.
5. Proses komunikasi.
6. Komunikasi kesihatan.
7. Teori bahasa dan linguistik.
8. Media, budaya dan masyarakat.
9. Perhubungan awam, Pengiklanan, Pemasaran dan Tingkah laku pengguna.
|
üBila dan bagaimana menggunakan teori-teori itu.
- Penggunaan kluster teori ini adalah berdasarkan fenomena yang berlaku di sekeliling kita. Cara penggunaan teori ini harus mengikut kluster(jenis-jenis) teori komunikasi yang bersesuaian dengan fenomena yang berlaku. Seterusnya, kluster teori yang dipilih akan menjelaskan atau meramal tentang fenomena tersebut.
kenapa kluster teori komunikasi mempunyai teori yang sama dalam berlainan kluster ?
BalasPadamPada pendapat saya, terdapat beberapa teori yang sama dalam berlainan kluster kerana teori tersebut mempunyai pelbagai fungsi dan boleh digunakan dalam suatu fenomena yang berlainan. Dengan kata lain, teori tersebut digunakan dalam sesuatu fenomena yang berlainan tetapi masih membawa maksud yang sama.
PadamTeori komunikasi merupakan pernyataan atau ramalan yang menerangkan apa kejadian atau sebaba-sebab kenapa berlakunya sesuatu fenomena komunikasi tersebut..terdapat cluster yang menerangkan atau pengelasan teori tersebut dalam kategori cluster yang sesuai
BalasPadamKomunikasi adalah satu alat penyampaian maklumat tidak kira secara verbal atau non verbal, dan iainya tidak semstinya manusia sahaja. Semua makhluk di dunia boleh berkomunikasi dengan cara tersendiri seperti melalui bunyi dan perubahan warna.
BalasPadamTeori komunikasi oula adalah satu himpunan tanggapan permulaan bagi sesuatu fenomena yang terjadi, dan dapat di kelaskan mengikut beberapa kluster mengikut kesesuaian fenomena tersebut.