TARGET
ANDA “A” ATAU “E”.
Kenyataan ini membawa
makna yang lebih mendalam daripada apa yang kita lihat daripada kenyataan
tersebut. Hal ini dikatakan demikian kerana huruf “A” mahupun huruf “E”
bukanlah membawa maksud mutlak terhadap huruf tersebut, namun begitu ia membawa
maksud yang lain iaitu pencapaian kita dalam peperiksaan mahupun ujian. Huruf
“A” menggambarkan seseorang pelajar cemerlang hasil daripada usaha gigihnya untuk
memahami pelajaran dan persediaannya dalam mengulangkaji pelajaran sebelum
menghadapi peperiksaan. Bukan itu sahaja, ia juga membawa makna mengenai
kefahaman seseorang pelajar semasa di dalam bilik kuliah atau kelas tentang apa
yang disampaikan oleh pensyarah mahupun guru.
Manakala, huruf “E”
pula membawa maksud pencapaian yang kurang baik oleh seseorang tersebut. Hal
ini dikatakan demikian kerana huruf “E” merupakan antara gred pencapaian yang
paling rendah dalam peperiksaan. Perkara ini mungkin berlaku disebabkan oleh
tabiat buruk pelajar itu sendiri yang tidak memberikan perhatian semasa guru
atau pensyarah memberikan kuliah ataupun sedang mengajar. Selain itu, ia juga
berpunca daripada sikap malas pelajar untuk mengulangkaji pelajaran dan membaca
nota yang telah diberikan oleh guru mahupun pensyarah. Namun begitu, terdapat
juga segelintir pelajar yang memang lemah dalam pelajaran walaupun mereka telah
belajar dengan gigih dan berusaha bersungguh-sungguh. Walau bagaimanapun, jika
mereka berusaha lebih gigih tidak mustahil bagi mereka untuk mengubah
pencapaian mereka daripada gred “A” kepada gred “E”.
2.
Teori.
Pernyataan formal
mengenai peraturan yang menjadi subjek pengajian berdasarkan atau idea yang
dicadangkan untuk menjelaskan fakta atau peristiwa atau lebih umum pendapat
atau penjelasan seperti Teori Ekonomi, Teori Saintifik, Teori Evolusi Darwin
dan.
Jika ada sesuatu yang mungkin dalam teori, ia
mungkin boleh tetapi sering kali ia tidak berlaku dengan cara itu.
3.
Apa
yang anda lakukan apabila anda berteori?
Apabila kita hendak
menteorikan sesuatu fenomena yang berlaku, kita hendak menjawab soalan-soalan
yang akan menjawab fenomena tersebut. Antara soalan-soalan yang perlu d jawab
adalah “apa?”. “Apa” bermaksud apakah fenomena yang berlaku tersebut. Selain
itu, terdapat juga yang menanyakan tentang di manakah fenomena tersebut berlaku
iaitu “dimana?”. Soalan jenis ini akan menjawad di manakah fenomena yang kita
hendak kaji tersebut berlaku. Seterusnya, soalan “siapa?. Bagi soalan “siapa?”
ia melibatkan siapakah individu, pihak atau agensi yang terlibat dalam fenomena
tersebut. Bukan itu sahaja, terdapat juga soalan yang menanyakan bilakah
sesuatu fenomena tersebut berlaku iaitu “bila?”. Soalan ini amat penting supaya
kita tahu bilakah tarikh dan masa yang tepat fenomena tersebut berlaku.
Terdapat juga dua soalan yang tidak kurang pentingnya iaitu “kenapa?” dan
“bahagimana?”. Soalan ini akan menjawad persoalan dalam fenomena yang kita
hendak kaji secara teliti dan lebih mendalam.
4.
Definisi
teori
Teori dicipta untuk menjelaskan, meramalkan dan memahami
sesuatu fenomena dan kes bagi mencabar dan memperluaskan pengetahuan sedia ada.
Teori juga menerangkan bagaimana beberapa aspek tingkah laku manusia atau prestasi
yang tersusun. Hal ini membolehkan kita membuat ramalan mengenai tingkah laku tersebut.
Komponen – komponen teori adalah konsep (idealnya didefinisikan dengan baik)
dan prinsip. Konsep adalah representasi simbolik sesuatu yang sebenarnya
seperti pokok, kerusi, meja, komputer, jarak dan lain-lain. Sebagai contoh,
tiada bukti baru yang akan menunjukkan bahawa benda hidup tidak diperbuat
daripada sel (teori sel) dan hal itu tidak terdiri dari atom, atau Bumi tidak
mengelilingi matahari (teori heliosentrik), dan permukaan Bumi tidak terbagi
menjadi padat piring yang telah bergerak di atas rentang waktu geologi.
5.
Fikirkan
tentang fenomena ini sebelum menteorikannya.
Dalam dunia ini
terdapat tiga fenomena yang kita boleh menteorikannya, iaitu fenomena, fenomena
sosial dan fenomena komunikasi. Sebelum kita menteorikan fenomena tersebut,
kita perlu memikirkan mengapakah dan bagaimanakah fenomena tersebut berlaku. Fenomena
yang dimaksudkan adalah apa-apa sahaja kejadian atau peristiwa yang berlaku di
dunia ini seperti kewujudan kita (sifat), gempa bumi (alam semula jadi) dan
kentut (biologi).
Seterusnya, fenomena
sosial pula fenomena sosial iaitu fenomena yang dicirikan oleh benda dilakukan
dengan konteks sosial. Misalnya, perkomunikasi, perkahwinan, pembunuhan,
menggoda dan kentut di khalayak ramai. Kesemua fenomena ini dipanggil fenomena
sosial kerana berlaku dalam sesebuah kelompok masyarakat.
Manakala, fenomena yang
terakhir pula adalah berkaitan dengan fenomena komunikasi. Fenomena komunikasi
adalah fenomena yang dicirikan oleh hubungan penghantar dan penerima sesuatu
mesej dalam sesebuah komunikasi. Misalnya, bercakap antara satu sama lain,
menyampaikan berita di televisyen, nyanyian, mendengar lagu, menonton wayang
ataupun teater dan pelbagai lagi fenomena komunikasi yang lain. Fenomena ini
dipanggil fenomena komunikasi kerana ia mempunyai hubungan kait dengan komunikasi
sama ada secara langsung mahupun tidak langsung.
Adakah teori dalam fenomena sangat penting? kenapa?
BalasPadamTeori pernyataan tentang bagaimana cara atau situasi dalam memahami fenomena tersebut.tetapi pendapat saya..teori model Laswell lebih mudah dalam memahami tentang sesuatu fenomena.komponen teori difahamkan sebagai konsep Dan prinsip.
BalasPadam